Saturday, July 12, 2008

Analisis Iklan dan Buatputusan

Welcome To My Blog...
Jika anda mempunyai ada sebarang analisis dan komen yang ingin di kongsi anda boleh letakkan di dalam blog ini...

Ulasan Artikel 1

Artikel ini ditulis oleh Frank Franzak, Mike Little and Dennis Pitta from Journal of Product and Brand Managment yang berjudul "Product Development For A Stigmatized Segment".

www.emeraldinsight.com/1061-0421.htm

Pengenalan
Perkembangan globalisasi telah banyak memberi kesan terhadap gaya hidup seseorang terutamanya golongan kanak-kanak. Di mana gaya hidup juga boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kegemukkan kepada golongan kanak-kanak. Terkini di USA lebih kurang 1.25 juta kanak-kanak di Amerika mempunyai berat badan yang melebihi (CNN, 2005). Ini menunjukkan bahawa tahap kegemukkan seseorang kanak-kanak bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja malahan ianya melibatkan faktor interpaly dan multiple. Secara umumnya, tahap pendapatan atau status sosio-ekonomi juga dapat mempengaruhi gaya hidup sesorang atau kanak-kanak. Terdapat 3 tahap dalam major ini iaitu:
a) Tahap fizikal aktiviti seseorang kanak-kanak
b) Jumlah masa mereka menonton skrin sama ada menonton televisyen, komputer dan elektronik video games.
c) Tahap pengambilan makanan
Physical Activity Reward System (PARS) merupakan produk yang diperkenalkan oleh Mike Heppert. PARS ini melibatkan pelbagai jenis aktiviti, di mana aktiviti pendidikan fizikal yang diberikan kepada sekolah awam sebagai satu program yang memberikan kebaikan kepada gaya hidup seseorang kanak-kanak. Selain itu, Life of Kids juga merupakan satu rancangan yang diperkenalkan oleh PARS yang membincangkan tentang prototype untuk percubaan dan masalah dalam membuat keputusan. PARS juga membantu keseimbangan sesebuah keluarga dan membangunkan tabiat gaya hidup yang aktif. Tujuannya adalah untuk memberikan gaya hidup kanak-kanak yang aktiviti melalui fun exercise yang berubah kepada bentuk hadiah. Melalui hadiah yang diberikan ianya dapat memotovasikan kanak-kanak dalam membangunkan tabiat gaya hidup bermula daripada awalnya. Dalam PARS terdapat beberapa elemen-elemen tentang "product development for a stigmatized segment" :
  • Targeting the product
  • Income as a targeting factor
  • potential target markets
  • Assesing market potential
  • pontential interest in PARS
  • The product
  • Competitors
  • Research findings
  • Action plan for marketing
  • Promotion
  • Distribution
  • Price
Targeting the product (Sasaran sesuatu Produk)
Keseimbangan antara keperluan untuk sesuatu produk dan rayuan yang digunakan dalam sesbuah syarikat bergantung kepada cara ianya mempromosikan produk tersebut. Isu kegemukkan di kalangan kanak-kanak bukan lagi satu isu asing malah ianya akan menjadi lebih serius jika tidak dikawal dari peringkat awal lagi. Satu Kumpulan produk diwujudkan bagi mengatasi masalah ini terutama golongan ibu bapa dalam proses pembelian dalam sesuatu produk. Kumpulan ini akan membantu golongan ibu bapa sama ada daripada golongan yang mewah atau sederhana dalam membuat sesuatu pembelian yang terutamamnya melibatkan pembelian makanan terhadap kanak-kanak.
Income as a targeting factor (Pendapatan sebagai faktor sasaran)
Menurut (Hass et, al, 2003) menyatakan bahawa wabak kegemukkan ini lazimnya berlaku dalam isi rumah yang mempunyai status sosial ekonomi yang mewah berbanding dengan isi rumah yang mempunyai status sosial ekonomi yang rendah. Hal ini kerana, golongan yang mempunyai status sosial ekonomi yang stabil atau mewah akan menjalani gaya hidup yang tidak seimbang terutamanya golongan kanak-kanak. Oleh kerana, gaya hidup yang mewah golongan kanak-kanak ini, akan membeli makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Melalui data kesihatan PARS menunjukkan bahawa kadar kegemukkan di kalangan kanak-kanak meningkat dari tahun 1971 sehingga 2002 yang berasal daripada isirumah yang kaya atau mewah. Justeru itu, tujuan PARS diwujudkan bagi membantu golongan ibu-ibu supaya bijak dalam pembelian tentang sesuatu produk.
Potential target market (Keupayaan sasaran pasaran)
Faktor demographic dan ekonomi juga mempengaruhi potential market segments yang melibatkan:
  • Kemewahan isi rumah dengan obese kanak-kanak berumur 6-12 tahun
  • Kemewahan isi rumah dengan siapa yang menentukan gaya hidup kanak-kanak secara umumnya berumur 6-12 tahun
  • Upper-middle isi rumah dengan obese kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun

Keupayaan sesebuah pasaran juga bergantung kepada pengguna dalam menentukan perbelanjaan mereka. Oleh itu, isi rumah mestilah tahu tahap kemampuan isi rumah tersebut dalam membuat sasaran pasaran.

Assessing market potential (Penilaian keupayaan pasaran)

Secara umumnya, keupayaan sesebuah pasaran itu dikumpul melalui data demographic. Menurut US Census Bureau, saiz sasaran pasaran yang pertama kira-kira 7 juta isi rumah bahawa golongan isi rumah ini mampu membuat penilaian terhadap keupayaan pasaran yang sedia ada.

Potential interest in PARS ( Keupayaan yang menarik dalam PARS)

Perkaitan antara alam sekeliling dan faktor tingkah laku banyak menyumbangkan kepada kegemukkan terutamanya golongan kanak-kanak. Secara populariti persekitaran pembesaran seperti bermain games, menonton TV, video dan sebagainya mempengaruhi kedudukan gaya hidup seseorang kanak-kanak. justeru itu, pakar-pakar dalam bidang PARS diwujudkan yang bertujuan menolong dan membangunkan strategi brand untuk PARS. Hal ini, secara tidak langsung akan menarik perhatian kanak-kanak dan ibu bapa dalam melibatkan diri mereka dalam sebarang aktiviti yang disyorkan oleh PARS.

The product (Produk)

Produk PARS akan mempengaruhi gaya hidup yang lebih sihat dalam mengurangkan kadar kegemukkan di kalangan kanak-kanak. Kebanyakkan pakar, termasuk pakar pediatricians merasakan bahawa satu keperluan seperti alat-alat PARS dapat membantu mengurangkan tahap kegemukkan dan gaya hidup yang tidak sihat terutamanya golongan kanak-kanak.

Competitors (Pesaing-pesaing)

Terdapat 2 pesaing bagi produck PARS dalam pasaran global iaitu The Nintendo Wii Fit dan Training Products. Nintendo memperkenalkan the Wii games console yang menawarkan 3 demensi yang mengabungkan fenomena pergerakan fizikal yang aktif dalam permainannya, kerana ianya dapat membina aktiviti fizikal. The Wii Fit ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keaktifan isi rumah dalam bermain sesuatu permainan (games). Bagi Produk Training Products yang dikenali sebagai Suunto's menjual produk untuk atlit dan bukannya untuk keluarga. Namun begitu bagi produk PARS memilih kelainan terhadap produknya yang memfokuskan kepada golongan ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka membesar dalam keadaan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini yang membezakan produk PARS ini berbanding dengan produk yang lain.

Action plan for marketing (Plan tindakan untuk pasaran)

PARS merupakan satu produk ke arah teknologi yang memberi feadah atau kebaikan kepada kesihatan, ianya juga serupa macam produk kesihatan. PARS mencadangkan untuk melancarkan Life for Kids secara okestra dan memaksimumkan penggunaannya. Di mana keputusan sesuatu harga yang diletakkan terhadap sesuatu produk itu akan dicapai. Selain itu, ianya juga membuat promosi dan penghantaran barangan kepada pengguna serta penggunaan internet dan e- marketing juga digunakan dalam plan tindakan mereka sebagai pengeluar.

Promotion ( Promosi)

Pelancaran Life for Kids dalam website merupakan salah satu cara mempromosikan produk dan menjual produk tersebut. Dalam promosi produk tersebuut ianya memberikan maklumat tentang keperluan segmen bagi menjalani gaya hidup yang sihat serta seimbang. Oleh itu, bagi mengatasi masalah kegemukkan ini produk yang remeh-temeh tidak diperlukan dalam demostrasi segmen. Justeru itu, tindakan perlu diambil bagi memahami sasaran pasaran serta memahami kekendak pengguna.

Distribution (pengedaran)

Sebagai syarikat pemasaran secara terus melalui online, PARS akan menjual terus produk mereka melalui internet. PARS memberi jaminan kepada pengguna yang membeli barangan mereka melalui internet bahawa produk mereka selamat digunakan. Bagi pengedaran terahkir kepada kedai-kedai runcit perlu difikrkan hanya selepas syarikat mempunyai pasaran yang kukuh dan stabil terlebih dahulu.

Price (Harga)

Pasukan yang telah ditetapkan adalah bagi memsasarkan segmen tentang harga yang sesuai dan ianya bertujuan untuk menarik golongan ibu bapa yang sibuk mencari kemewahan. Di mana golongan ini yang bimbang tentang gaya hidup anak-anak mereka.

Kesimpulan

Justeru itu, PARS merupakan wakil daripada teknologi yang inovatif dalam menyelesaikan masalah sosial yang semakin serius. Oleh itu, kumpulan pembangunan produk perlu meneliti dengan lebih mendalam dalam menentukan pilihan sasaran (targeting choices) berdasarkan kepada penyelidikan yang lebih kukuh lagi.

TENTANG DIRI SAYA

NAMA: NUR DIANA BT ABDULLAH

UMUR: 22 TAHUN

PROGRAM PENGAJIAN: TEKNOLOGI MEDIA

PENGKHUSUSAN: ADVERTISING

STATUS: BUJANG

PENGALAMAN KERJA: 4 BULAN (KERJA KILANG)

ADIK BERADIK: 11 ORANG ANAK KE ENAM

JADILAH SEORANG INSAN YANG BERGUNA SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN...

3 comments:

Nur Diana bt Abdullah said...

Saya ingin memberi pendapat terhadap artikel yang saya baca ini. Ianya mengenai PARS product yang mengsasarkan golongan ibu bapa dan kanak-kanak saja, Tetapi bagi saya bukan sahaja golongan ini yang mereka sasarkan malahan golongan remaja dewasa juga boleh juga menggunakan produk ini. Hal ini kerana bukan golongan kank-kanak sahaja yang mengalami masalah kegemukkan malahan gologan remaja dewasa juga mengalami masalah yang sama jika tidak dapat mengawal cara hidup yang sihat.

Nur Diana bt Abdullah said...

Kalau siapa saja yang masuk blog saya ini... tolong bagi komen terhadap artikel yang saya ulasan ini, atau anda mempunyai pendapat yang ingin di kongsi bersama rakan-rakan yang lain.. oleh itu, saya amat mengalukan komen dan pendapat anda semua..

KDN Kota Bharu FC said...

takde ulasan pom just nok iklan blog aku jahh.. hahahaha..

Meh laa Masuk blog Kdnkotabharufc.blogspot.com ...
-DelieyRedsFC